Carian
Kuo – iPhone 2020 Akan Menyokong 5G Menggunakan Modem Keluaran Samsung Dan Qualcomm
April 23, 2019 Effi Saharudin

Sejak seminggu lalu anda tidak boleh lari dari berita berkenaan teknologi 5G di Malaysia walaupun ia hanya dijangka dilancarkan pada tahun 2021. Tidak seperti Samsung, Xiaomi, Huawei dan Oppo, Apple masih belum memperlihatkan peranti 5G mereka. Terkini menurut penganalisa Ming Chi Kuo, iPhone dengan sokongan 5G akan hanya dilancarkan pada tahun 2020.

Dengan pelancaran pada tahun hadapan, iPhone 5G akan dapat memanfaatkan rangkaian 5G yang lebih meluas berbanding yang ditawarkan sekarang. Menurut Kuo lagi, Apple akan menggunakan modem 5G keluaran Samsung dan Qualcomm. Pembelian modem dari dua pengeluar berbeza adalah bagi mengurangkan pergantungan kepada satu syarikat yang kemudian boleh menetapkan harga.

Jika laporan ini benar, Samsung akan mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal komponen iPhone yang terbesar kerana menghasilkan skrin, RAM dan storan kepada Apple.

Komen