Kos Menghasilkan Sebuah iPhone XS Max Dianggarkan Sekitar RM1832 Sahaja

Kos Menghasilkan Sebuah iPhone XS Max Dianggarkan Sekitar RM1832 Sahaja

Diterbitkan pada Sep 26, 2018 oleh .

iPhone XS Max ialah telefon pintar dengan harga jualan termahal kerana harga mencecah $1499 (~RM 5994) sebuah. Seperti biasa setiap kali model terbaru dilancarkan, ramai yang tertanya-tanya apakah kos sebenar untuk menghasilkan peranti yang dijual pada harga premium ini. Menurut anggaran TechInsights, kos penghasilan iPhone XS Max dengan storan 256GB ialah $443 (~RM 1832) sebuah untuk model yang dijual pada harga $1249 di Amerika Syarikat.

Ini memberikan keuntungan sebanyak 64.5% dengan setiap jualan peranti. Ini adalah hampir setanding iPhone X yang memberikan keuntungan sebanyak 64%. Kos komponen termahal ialah skrin OLED dianggarkan berharga $80.50 (~RM 333) dan diikuti pula oleh cip A12 Fusion serta modem berharga $72 (~RM 298). Sungguhpun begitu kos menggantikan panel skrin yang pecah pada peranti ini mencecah $329 (~RM 1361) sekeping.

Anggaran ini walau bagaimanapun tidak mengambil kira kos buruh, logistik, lesen paten dan kos kajian teknologi baru yang dilaburkan oleh Apple bagi menghasilkan peranti mereka.


TIPS & ULASAN