Samsung Malaysia Turut Menangguhkan Pelancaran Galaxy Fold Di Malaysia
April 23, 2019
Samsung
Aman
Selari dengan pengumuman pihak Samsung pada peringkat global berkenaan penangguhan pelancaran Galaxy Fold, kini Samsung Malaysia turut mengumumkan yang mana mereka akan menangguhkan pelancaran telefon boleh-lipat berkenaan di Malaysia.

Sebelum ini, ia telah dijadualkan untuk pengenalan pada 3 Mei 2019 ini. Walaubagaimanapun, sejak minggu lepas, kita telah mendengar beberapa pengulas awal peranti berkenaan melaporkan terdapat beberapa masalah dengan peranti mereka.
Samsung Malaysia mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancaran baru peranti Galaxy Fold di Malaysia dalam beberapa minggu akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.