Kemelut melanda Samsung Galaxy Fold mengakibatkan pelancaran peranti dengan skrin boleh dilipat ini ditangguhkan. Di Amerika Syarikat penangguhan adalah sekitar enam minggu berbanding tarikh asalnya minggu ini. Terkini menurut laporan Reuters, Samsung meminta pengulas yang menerima unit awal Galaxy Fold untuk memulangkan semula peranti.
Sigh. A little grain of something found its way beneath my Galaxy Fold display. Like the saying goes: "not surprised; just disappointed." Sending this back to Samsung hoping they figure out a way to seal up that hinge.
Silver lining: video tomorrow! pic.twitter.com/9UfYDMOEul
— Michael Fisher (@theMrMobile) April 23, 2019
Ini turut disahkan oleh laman lain seperti GSMArena yang turut memulangkan peranti yang diterima mereka. Hari ini beberapa pengulas seperti Michael Fisher turut melaporkan masalah skrin menggelembung apabila objek termasuk ke bahagian bawah skrin. Dengan penarikan semula kesemua peranti ulasan, Samsung berharap dapat mencari sumber masalah skrin yang dilaporkan disamping mengurangkan impak negatif sekiranya masalah baharu pula muncul.