Apple Store Mula Menawarkan Program Gantian Papan Kekunci MacBook Dalam Masa Sehari

Apple Store Mula Menawarkan Program Gantian Papan Kekunci MacBook Dalam Masa Sehari

Diterbitkan pada Apr 24, 2019 oleh .

Apple meminta maaf atas masalah papan kekunci yang dialami oleh pemilik MacBook dengan kekunci kupu-kupu. OIeh sebab itu mereka menawarkan program gantian percuma sekiranya papan kekunci mengalami kerosakan dalam masa empat tahun selepas ia dibeli. Mereka kini cuba menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan proses gantian dalam masa satu hari pada rangkaian Apple Store mereka.

Laman MacRumor menerima memo yang diberikan kepada kakitangan Genius Bar Apple Store yang mengesahkan proses gantian perlu dilakukan dalam masa sehari. Sebelum ini proses ini mengambil masa sehingga lima hari kerana komputer riba perlu di hantar ke pusat perkhidmatan luaran. Kini kesemua proses membaiki papan kekunci akan dilakukan di Apple Store yang memendekkan masa penantian.

Penawaran gantian papan kekunci dalam masa sehari ini hanya ditawarkan di Apple Store sahaja. Di negara tanpa Apple Store, proses gantian bergantung kepada stok alat ganti dan kesibukan pusat khidmat pelanggan.



TIPS & ULASAN