Carian
Google Mungkin Sedang Menguji Sistem Operasi Android Nirsentuh Untuk Telefon Bimbit
April 26, 2019 Fahim Zahar

Kenapa, telefon bimbit masih wujud? Sedangkan telefon pintar sepatutnya boleh menggantikan kewujudan telefon bimbit. Yang paling asas untuk menggantikan telefon bimbit pada saya adalah telefon pintar kelas asas, seperti peranti Android Go. Antara sebabnya adalah, telefon bimbit adalah telefon pengganti yang baik. Lebih-lebih lagi dari segi jangka hayat bateri dan pengalaman menggunakan papan kekunci T9 yang memuaskan.

Kini, Google ada kemungkinan besar yang Google sedang menguji sebuah sistem operasi Android nirsentuh. Di mana segala kawalan perlu dilakukan menggunakan butang fizikal. Sistem operasi ini dilihat mungkin berasaskan Android Oreo. Perkara ini disedari apabila Google sedang menguji aplikasi Google Chrome nirsentuh. Dalam gambar rakaman skrin, terdapat ikon pada bar status memberi petanda ia diuji atas Android Oreo. Jadi, Google mungkin sedang menguji sistem operasi ini untuk digunakan pada telefon bimbit.

Google sebelum ini turut pernah bekerjasama bersama KaiOS untuk menyertakan Google Assistant pada sistem operasi mereka. KaiOS adalah sistem operasi yang digunakan pada telefon bimbit Nokia dan banyak lagi. Kelak di masa hadapan, tidak mustahil untuk kita lihat sebuah telefon bimbit yang menjalankan sistem operasi Android.

Komen