Mod Malam Samsung Galaxy S10 Kini Boleh Dimuat Turun Oleh Pengguna Di Malaysia

Mod Malam Samsung Galaxy S10 Kini Boleh Dimuat Turun Oleh Pengguna Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 27, 2019 oleh .

Minggu lepas, Samsung mula mengedarkan kemaskini baharu kepada pengguna Galaxy S10. Dalam kemaskini ini, Samsung telah menambah mod malam pada aplikasi kamera mereka yang digelar ‘Bright Night’. Namun, kemaskini ini hanya terhad kepada pengguna di Switzerland.

Kini, kemaskini ini telah diedarkan di Malaysia dan pengguna di Malaysia boleh mula memuat turun untuk menikmati mengambil gambar dalam di waktu malam atau dalam suasana yang gelap dengan mudah. Dalam aplikasi kamera Samsung, mod ini dilabelkan sebagai ‘Night‘.

Mod ‘Night‘ ini amat mudah digunakan dan ia mirip dengan mana-mana peranti lain yang mempunyai mod malam. Pengguna hanya perlu pilih mod ini, tekan butang pengatup pada skrin dan tunggu beberapa saat. Samsung turut memberi peringatan untuk memegang peranti dengan baik, agar hasil yang diambil memuaskan. Berikut adalah contoh;

Selain itu, kemaskin ini turut hadir dengan tampalan sekuriti 1 April 2019, pengoptimasian WiFi dan membaiki beberapa pepijat lain. Saiz kemaskini adalah sekitar 205.81MB sahaja. Untuk mengemaskini, buka tetapan > tekan ‘Software update’ > tekan ‘Download and install’.


TIPS & ULASAN