Cari @ Amanz

Energizer Power Max P18K Pop telah berjaya mencuri perhatian ramai pada acara MWC 2019, atas rekaan peranti yang tebal dan membawa kapasiti bateri 18000 mAh. Peranti ini sebenarnya telah ditawarkan pada laman Indiegogo pada sebelum ini, namun gagal meraih sasaran yang ditetapkan.

Peranti ini disasarkan untuk meraih sasaran USD $1.2 juta, namun hanya berjaya mendapatkan dana $15,005. Bermakna, hanya 1% sokongan dana sahaja yang diterima sepanjang tempoh kempen peranti ini di Indiegogo.

Walaupun memfokuskan kepada bateri, Energizer Power Max P18K Pop hadir dengan spesifikasi moden, seperti rekaan skrin penuh 6.2-inci dengan bahagian kamera pop-naik. Ia turut dijana dengan MediaTek Helio P70, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Melengkapkan lagi peranti ini adalah keupayaan tri-kamera 12MP + 5MP + 2MP, selain menyertakan dwi-kamera 16MP + 2MP. Sewaktu ia diperkenalkan, peranti ini telah diumumkan pada harga jualan ‎€600 Euro (~RM2779) untuk pasaran Eropah.

Dengan kegagalan peranti ini pada laman Indiegogo, ia sedikit sebanyak menunjukkan sambutan yang hangat tidak semestinya ia mampu meraih jualan yang baik. Idea untuk meletakkan bateri yang besar sentiasa dialu-alukan, namun rekaan peranti yang tebal dilihat kurang praktikal untuk kegunaan harian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd