Sebentar tadi, LG telah mengeluarkan laporan kewangan mereka buat suku pertama tahun 2019. Laporan ini mengandungi jumlah pendapatan, keuntungan operasi dan juga kerugian buat kesemua bahagian dalam LG Electronics Inc. Di mana LG Electronic berjaya mengaut unutng sebanyak $801.25 Juta daripada jualan $13.27 Bilion. Namun, ia berkurang sebanyak 20% berbanding tahun 2018.
Hampir kesemua bahagian dalam LG Electronics menjana pendapatan positif. Namun, pendapatan ini kesemuanya adalah daripada LG Home Appliance & Air Solution, LG Home Entertainment, LG Vehicle Component Solutions dan LG Business Solutions. Bahagian telefon pintar mereka, LG Mobile Communications mengalami kerugian yang agak dahsyat. Bahagian ini rugi sebanyak $181.05 Juta, iaitu sekitar RM748,913,325. Tidak dinafikan, telefon pintar LG memang tidak menarik perhatian ramai. Jualan produk ini juga terhad kepada beberapa negara sahaja.
Strategi LG sekarang adalah mengharap kepada jualan peranti mercu siri V mereka iaitu, LG V50 ThinQ 5G. Di mana peranti ini merupakan peranti pertama dengan sokongan aksesori skrin kedua. Kemudian ia dijana Snapdragon 855, memori 6GB dan storan dalaman 128GB. Kamera pula adalah tri-kamera belakang dan dwi-kamera swafoto.
Selain itu, LG turut akan memindahkan lokasi kilang mereka dari Pyeongtaek, Korea ke Haiphong, Vietnam bagi mengurangkan kos operasi untuk menjana keuntungan yang lebih.