Spotify Menguji Cadangan Untuk Mendengar Podcast Kepada Pengguna

Spotify Menguji Cadangan Untuk Mendengar Podcast Kepada Pengguna

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

Spotify sebelum ini telah mengambil-alih beberapa syarikat yang memfokuskan penawaran podcast, dan terkini ia dilihat mereka turut menguji sebuah ciri baru dalam usaha mengalakkan lagi pengguna untuk mendengar podcast.

Spotify Podcast

Melalui ciri yang dinamakan sebagai “Your Daily Drive”, Spotify dilihat mencadangkan sejumlah kandungan audio yang boleh didengar oleh seseorang berdasarkan kepada penggunaan mereka. Selain daripada lagu, Spotify dilihat memfokuskan kepada kandungan podcast melaluinya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian awal, dan masih belum dapat dilihat semua pengguna. Namun, langkah ini mungkin dijangka ramai – memandangkan Spotify boleh menjana lebih keuntungan melalui penawaran podcast kerana tidak perlu membayar nilai tinggi kepada penerbit seperti penawaran kandungan muzik dan lagu.

Dengar : Amanz di Spotify


TIPS & ULASAN