Gambar OnePlus 7 Pro Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Skrin Nirbingkai, Tri-Kamera Belakang
Aman
OnePlus bakal memperkenalkan siri peranti OnePlus 7 mereka pada pertengahan Mei 2019 ini. Dan seperti pelbagai pelancaran peranti lain, kini gambar untuk OnePlus 7 Pro hadir ke arena web terlebih dahulu (melalui WinFuture), sekaligus memperlihatkan rekaan akhir peranti berkenaan.

Melalui gambar yang tertiris, ia memperlihatkan penggunan skrin nirbingkai – tanpa sebarang takuk, dan kamera hadapan dijangka diposisikan disebalik mekanisma pop-naik seperti beberapa peranti lain. OnePlus turut dijangka menawarkan skrin 90Hz bersama-sama model OnePlus 7 Pro ini.
Disamping itu, ia juga turut memperlihatkan rekaan tri-kamera dibelakang peranti berkenaan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 Mei ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak OnePlus untuk para peminat mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.