Fungsi ‘Top Shot’ Pixel 3 Tidak Akan Hadir Pada Pixel 2 – Pengguna Perlu Beli Pixel 3 Untuk Menggunakannya

Fungsi ‘Top Shot’ Pixel 3 Tidak Akan Hadir Pada Pixel 2 – Pengguna Perlu Beli Pixel 3 Untuk Menggunakannya

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Tahun lepas, semasa Google melancarkan Pixel 3 banyak perkara menarik yang diumumkan. Antara perkara menarik yang diumumkan adalah ciri-ciri dan fungsi-fungsi unik yang hadir secara terbina pada aplikasi kamera mereka.

Untuk sebuah peranti Android asli, tetapi padat dengan ciri unik pada kamera seakan pengeluar peranti dari China – ia adalah sesuatu yang menggembirakan. Ini kerana, jangka masa penggunaan yang lama jika tidak banyak ciri/fungsi unik – Android asli agak bosan. Terkini, Google telah mengesahkan yang fungsi ‘Top Shot’ pada Pixel 3 tidak akan hadir pada Pixel 2. ‘Top Shot’ adalah fungsi pembelajaran mesin yang mana membantu pengguna memilih hasil gambar yang paling baik. Secara tidak langsung, fungsi ini akan membantu pengguna untuk tidak mengambil gambar yang kabur atau bergegar.

Beberapa pengguna Pixel 2 telah berkongsi di Reddit mengenai kehadiran ‘Top Shot’ pada peranti mereka. Di mana apabila ‘Motion Photos’ diaktifkan dan gambar telah diambil, penanda ‘titik’ mirip ‘Top Shot’ telah terpapar untuk mencadangkan pengguna gambar terbaik untuk disimpan. Namun, fungsi ini hanyalah seakan ‘Top Shot’ dan bukannya ‘Top Shot’ sebenar.

Perkara ini mustahil kerana fungsi ‘Top Shot’ diintegrasi pada Google Photos dan pengguna Pixel 2 akan lihat fungsi ini seakan berada pada peranti mereka. Cuma, ‘Top Shot’ sebenar akan menyimpan gambar pada saiz 3.1MP dan ‘Top Shot’ Pixel 2 hanya menyimpan gambar pada saiz 0.8MP. Jadi, dengan jualan Pixel 3 yang mengecewakan – Google mungkin inginkan pengguna Pixel 2 beralih kepada Pixel 3 jika ingin menggunakan ‘Top Shot’ sebenar.



TIPS & ULASAN