Realme X Mungkin Akan Hadir Dengan Variasi Pro – Dijana Snapdragon 855, Harga Sekitar RM1600

Realme X Mungkin Akan Hadir Dengan Variasi Pro – Dijana Snapdragon 855, Harga Sekitar RM1600

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Pada 1 Mei lepas, Ketua Pegawai Pemasaran Realme telah mengesahkan yang Realme akan hadir dengan peranti yang dinamakan sebagai Realme X. Peranti ini dikatakan akan hadir dengan sistem kamera pop-naik dan adalah kategori peranti kelas pertengahan premium.

Terkini, terdapat laporan lain yang mengatakan Realme X akan hadir dengan dua variasi – Realme X dan Realme X Pro. Realme X dikatakan akan dijana Snapdragon 730 yang memfokuskan permua. Ia akan menggunakan kamera 48MP, skrin nirtakuk 6.5-inci FHD+ dan bateri sebesar 3680mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0. Harga adalah sekitar RM980 sehingga RM1230.

Manakala, Realme X Pro dikatakan akan bersaing dengan Redmi Snapdragon 855. Ini kerana ia akan dijana Snapdragon 855, namun tiada informasi lain – cuma ia mungkin akan menjadi perbualan orang ramai kerana menurut ura-ura ia akan dijual sekitar RM1600.

Mengejutkan, Realme X ini dikatakan akan dilancarkan di China terlebih dahulu. Ini adalah perkara yang luar biasa, kerana Realme pada asalnya hanya menyasarkan pengguna global. Sebelum ini, Realme akan dilancarkan secara eksklusif di India terlebih dahulu.

Pada saya, yang bakal menjadi tarikan orang ramai adalah Realme X Pro. Peranti ini mungkin akan ‘membunuh’ jenama Pocophone yang sudah hampir setahun memegang takhta #BaikBeliPoco dan juga peranti pembunuh peranti mercu lain (flagship killer). Realme X Pro turut dikhabarkan akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal generasi keenam dan binaan premium daripada Gorilla Glass 5.

Realme X akan dilancarkan terlebih dahulu pada 15 Mei 2019. Realme X Pro buat masa ini hanya khabar angin sahaja. Jika ia akan dilancarkan ia mungkin akan diperkenalkan pada hujung tahun seperti Pocophone F1 tahun lepas. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN