Carian
Realme X Mungkin Adalah Nama Kepada Peranti Dengan Kamera Pop-Naik Realme
May 1, 2019 Fahim Zahar

Realme tahun ini dilihat agak aktif. Kita sudah ada tiga peranti Realme, iaitu Realme 3, Realme C2 dan terkini adalah Realme 3 Pro. Akan tetapi, Realme dilihat mungkin akan hadir dengan satu lagi peranti baru dengan sistem kamera pop-naik. Peranti ini sudah pun kelihatan dalam video muzik tema Realme terbaru di China.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Realme, peranti ini mungkin akan dinamakan sebagai Realme X. Tidak pasti sama ada peranti ini adalah peranti mercu atau peranti kelas pertengahan premium Realme. Jika ia adalah peranti mercu ia mungkin akan bersaing dengan Redmi Snapdragon 855 kelak dan jika disebaliknya, ia mungkin akan bersaing dengan Redmi Note 7 Pro atau juga Mi 9 SE.

Masih tidak jelas lagi, tetapi di TENAA peranti ini telah disenaraikan dan panel belakang dilihat tidak mempunyai pengimbas cap jari klasik. Jadi ini bermakna ia akan menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin. Ini secara tidak langsung memberi petanda kepada penggunaan skrin jenis OLED. Dalam TENAA, peranti ini dikatakan mempunyai skrin 6.5-inci dan bateri berkapasiti 3680mAh.

Komen