Peranti mercu keluaran Samsung, Apple dan Huawei kesemuanya mempunyai tahap ketahanan kalis air yang melepasi penilaian IP. OnePlus ialah syarikat yang percaya bahawa peranti mercu yang baik tidak semestinya dijual pada harga yang tinggi. Sempena pelancaran OnePlus 7 kelak, mereka berkongsi sebuah video acah baharu yang menerangkan mengapa peranti mereka tidak mempunyai penilai IP.
Dari video di atas, OnePlus merasakan kos untuk mendapatkan penilaian IP yang disahkan akan meningkatkan kos peranti. Sebaliknya mereka hanya menunjukkan sebuah OnePlus 7 yang dicampak ke dalam sebuah bekas air. Ini mungkin petanda bahawa peranti merak mungkin tidak mempunyai ketahanan air IP68 secara rasmi tetapi masih boleh dicelup tanpa mengalami sebarang kerosakan. OnePlus 7 akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Mei hadapan.