Google I/O 2019 sedang berlangsung. Banyak perkara baharu telah diumumkan, antaranya adalah peranti kelas pertengahan Google – Pixel 3a, kemaskini Android Q, kemaskini Google Assistant dan banyak lagi. Google turut mengumumkan yang terdapat 21 peranti lain turut boleh menguji Android Q Beta.
Seperti Android Pie tahun lepas, OnePlus turut menyertai program ujian beta ini. Semasa pengumuman hanya, OnePlus 6 dan 6T sahaja yang diumumkan. Kini di forum rasmi OnePlus, mereka telah menyatakan yang siri OnePlus 7 turut akan menyertai program ujian Android Q Beta ini sebaik sahaja ia dilancarkan.
Buat masa ini, Android Q Beta untuk OnePlus 6/6T mempunyai banyak masalah seperti mod potret yang tidak boleh digunakan, masalah kestabilan sistem dan banyak lagi. OnePlus juga memberi peringatan yang jika tersalah pasang, peranti boleh terus rosak.