Carian
Huawei Ingin Menawarkan Kemaskini Android Q Secepat Mungkin Untuk Peranti Mercu Sedia Ada
May 9, 2019 Aman

Google pada minggu ini telah berkongsi sejumlah informasi baru mengenai sistem operasi akan datang mereka, termasuk mengumumkan yang mana Android Q Beta boleh diuji pada telefon pintar Huawei Mate 20 Pro.

Menariknya, hari ini Huawei berkongsi lanjut mengenai hal ini, dan turut mengumumkan mereka akan menawarkan kemaskini EMUI berasaskan Android Q sepantas mungkin – berkemungkinan sepantas terus lepada siri Pixel daripada Google menerima kemaskini berkenaan.

Huawei EMUI

Daripada poster yang dikongsikan Huawei, antara peranti yang bakal menerima kemaskini Android Q ini secepat mungkin adalah Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20X, P30, P30 Pro, Honor V20 dan juga Honor Magic2.

Buat masa ini, Huawei tidak mengumumkan sebarang ciri baru yang bakal hadir pada EMUI versi Android Q ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.

Komen