Cari @ Amanz

Spotify kini mencapai 100 juta pelanggan berbayar. Tidak dinafikan, penawaran harga langganan Spotify adalah berbaloi. Aplikasi Spotify dilihat semakin lama, semakin bertambah baik dan kini bukan sahaja memfokuskan muzik – tetapi juga podcast.

Kemaskini Spotify terkini hadir dengan fungsi Storyline. Ia adalah fungsi seakan Stories pada Facebook/Instagram, tetapi untuk para artis paparkan informasi menarik mengenai lagu mereka yang sedang dimainkan. Melalui Storyline ini, artis boleh berkongsi isi tersirat yang terdapat dalam muzik mereka. Ia adalah seperti fungsi lirik oleh Genius yang terbina dalam Spotify, cuma tanpa lirik dan hanya informasi tambahan mengenai muzik mereka.

Storyline ini boleh dilihat pada bahagian Now Playing, di bawah cards Genius. Buat masa ini tidak banyak artis yang menggunakannya lagi. Fungsi ini mungkin hadir secara berperingkat dan dari bahagian pelayan. Ini kerana, ada pengguna yang melaporkan fungsi ini hadir pada Spotify versi v8.5.5.853, manakala versi yang saya gunakan pula adalah v8.5.7.159.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd