Cari @ Amanz

Beberapa fungsi baharu diperkenalkan pada peranti Apple hari ini menerusi kemaskini iOS 12.3. Antara yang paling menarik ialah sokongan melempar kandungan peranti pada televisyen pintar yang menyokong AirPlay 2. Januari lalu beberapa pengeluar mula menyokong AirPlay 2 pada televisyen pintar mereka dan kemas kini ini mengaktifkan sokongan dari pihak Apple.

Kemas kini antaramuka aplikasi Apple TV juga diperkenalkan bagi memudahkan carian kandungan yang ingin distrim atau dibeli. Pada masa yang sama aplikasi akan mencadangkan lemparan kepada televisyen yang menyokong AirPlay 2 apabila ianya dikesan.

Akhir sekali ialah penambahbaikan kadar segar semula kandungan Apple Music, menampal pepijat panggilan terputus apabila menggunakan WiFi dan fungsi kawalan jauh Apple TV yang gagal berfungsi. iOS 12.3 boleh dimuat turun sekarang dengan saiz muat turun 506.2 MB.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd