Sebuah Lagi Tesla Model S Dilaporkan Terbakar Di Hong Kong Ketika Ia Diparkir

Sebuah Lagi Tesla Model S Dilaporkan Terbakar Di Hong Kong Ketika Ia Diparkir

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Tesla ialah syarikat yang mempopularkan kenderaan elektrik. Mereka baru sahaja memperlihatkan kemampuan swapandu sepenuhnya beberapa minggu yang lalu dengan komputer terkini yang dibangunkan sendiri oleh mereka. Tetapi pada penghujung April, sebuah Tesla Model S telah meletup di China. Kini sebuah lagi kes melibatkan model yang sama dilaporkan pula di Hong Kong.

Telsa Model S di Hong Kong telah meletup dan terbakar selepas setengah jam diletakkan di kawasan letak kereta pada Ahad lalu. Menurut laporan media tempatan, pihak bomba mengambil masa 45 minit untuk mematikan kebakaran. Kebakaran berlaku walaupun kenderaan tidak dicas. Pihak Tesla masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden kebakaran yang berlaku ini. Sebelum ini kereta elektrik mereka hanya dilaporkan terbakar selepas terlibat di dalam kemalangan yang serius.


TIPS & ULASAN