Rekaan Sony Xperia 2 Tertiris Dengan Skrin 21:9 Dan Sistem Trikamera

Rekaan Sony Xperia 2 Tertiris Dengan Skrin 21:9 Dan Sistem Trikamera

Diterbitkan pada Mei 15, 2019 oleh .

Sony Xperia 1 diumumkan ketika acara MWC 2019 bulan Februari yang lalu. Ia sehingga ini masih belum ditawarkan di pasaran dengan pra-tempahan dibuka hanya di Eropah dan Amerika Syarikat pada waktu ini. Walaupun begitu, rekaan Sony Xperia 2 telahpun tertiris hari ini menerusi laman Cashkaro.

Sekilas pandang Xperia 2 mempunyai rekaan skrin memanjang 21:9 yang hampir sama dengan Xperia 1. Perbezaan terletak pada trikamera utama yang kini diletakkan pada bucu atas kiri dan bukannya pada paksi tengah panel belakang. Bahagian dahi masih lagi besar bagi menempatkan gagang telinga dan kamera hadapan.

Pengimbas cap jari pula diletakkan pada sisi kanan bersama dengan butang kuasa, suara dan kamera. Skrin peranti ini juga dipercayai hanya sebesar 6.1″ berbanding 6.5″ pada Xperia 1. Tiada maklumat lengkap mengenai spesifikasi melainkan cip Snapdragon 855, memori sebesar 6GB RAM dan bateri sebesar 3000 mAh. Tarikh pelancaran masih lagi misteri.


TIPS & ULASAN