Hermeus Mengumumkan Pembangunan Pesawat Penumpang Berkelajuan Mach 5

Hermeus Mengumumkan Pembangunan Pesawat Penumpang Berkelajuan Mach 5

Diterbitkan pada Mei 16, 2019 oleh .

Era pesawat penumpang supersonik berakhir pada tahun 2003 dengan persaraan Concorde. Pesawat gantian kini sedang dibangunkan bagi memenuhi keperluan individu yang mementingkan masa berbanding wang. Hermeus ialah sebuah lagi projek pesawat penumpang supersonik dengan sasaran kelajuan mencecah Mach 5 (~6000 km/j).

Hermeus ialah syarikat yang ditubuhkan oleh bekas kakitangan Space X dan Blue Origin. Mereka percaya dengan pesawat yang dibangunkan, penerbangan dari London ke New York boleh dilakukan dalam masa 90 minit berbanding 7 jam pada waktu sekarang. Selain terbang dengan pantas ia turut mampu terbang dengan jarak maksimum 7400 kilometer.

Selain Hermeus, Boeing turut mempunyai perancangan mengeluarkan pesawat penumpang dengan kelajuan Mach 5. Aerion pula sedang membangunkan pesawat AS2 dengan kelajuan Mach 1.4.


TIPS & ULASAN