Boeing Mengumumkan Kerjasama Dengan Aerion Untuk Menghasilkan Jet Peribadi Supersonik

Boeing Mengumumkan Kerjasama Dengan Aerion Untuk Menghasilkan Jet Peribadi Supersonik

Diterbitkan pada Feb 6, 2019 oleh .

Boeing memperlihatkan konsep pesawat penumpang supersonik mereka tahun lalu. Ia mampu membawa 30 penumpang dengan kelajuan maksimum Mach 5. Hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Aerion yang sedang membangunkan pesawat peribadi supersonik AS2 yang terbang pada kelajuan Mach 1.4.

Kerjasama bersama Aerion ini tidak dijangka kerana sebelum ini mereka dianggap sebagai pesaing di dalam sektor yang sama. Sebelum ini Aerion bekerjasama dengan Lockheed Martin tetapi kontrak ini telah dibatalkan secara mengejut tanpa memberikan sebarang sebab. Pihak Aerion masih mensasarkan ujian penerbangan pertama pada tahun 2023 dan ia memulakan operasi pada tahun 2025. Pasaran semasa memerlukan pesawat penumpang supersonik selepas Concorde punakarya pada tahun 2003.



TIPS & ULASAN