Cari @ Amanz

Oppo Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo Reno. Buat masa ini, hanya model versi asas sahaja dilancarkan, sementara model dengan sokongan zoom 10x bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 27 Mei kelak.

Oppo Reno

Oppo Reno

Oppo Reno hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 710, memori 6GB RAM, dan storan 256GB. Ia menawarkan paparan skrin menyeluruh tanpa takuk, dan kamera swafoto 16MP yang disembunyikan pada ruangan pop-naik yang agak unik.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 48MP + 5MP. Oppo Reno menggunakan bateri berkapasiti 3765mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC 6.0.

Di Malaysia, Oppo Reno ini ditawarkan pada harga RM1999. Bagi anda yang berminat, boleh menyemaknya melalui kedai rasmi Oppo, termasuk di Lazada dan Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd