Oppo Reno 10X Zoom Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Mei

Oppo Reno 10X Zoom Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Mei

Diterbitkan pada Mei 13, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan Oppo Reno akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei. Ada yang bertanya adalah Oppo Reno 10X Zoom akan dilancarkan pada tarikh yang sama? Pihak Oppo Malaysia menjawab persoalan ini dan telah mengesahkan Reno 10X Zoom akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Mei.

Oppo Reno 10X Zoom adalah versi paling premium peranti ini dengan kemampuan zum digital sehingga 60X. Ini memberikannya kemampuan zum yang lebih berkuasa berbanding 50X pada Huawei P30 Pro.

Peranti ini dilengkapi skrin 6″ AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 855, memori 6/8GB RAM, storan 128/256 GB, kamera utama 48+13+8 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4065 mAh.

Sistem kamera berperiskop yang disertakan membolehkan Reno 10X Zoom Edition melakukan zum optikal nirhilang sehingga 10X. Ini meletakkannya setanding dengan sistem yang ditemui pada Huawei P30 Pro. Keunikan lain peranti ini ialah kamera swafoto pop naik sendeng dengan rekaan mekanisme yang unik. Ia menjongket sebanyak 11 darjah dalam masa 0.08 untuk mendedahkan kamera hadapan.



Paling Popular