Cari @ Amanz

Sistem swapandu telah diperkenalkan pada kereta dan juga lori. Dengan penggunaan teknologi ini, pengurangan jumlah kemalangan dan kesesakan lalulintas diharap dapat dilakukan. Sistem swapandu kini turut diuji pada kerusi roda elektrik bagi memudahkan penumpang OKU di Lapangan Terbang Narita.

Ujian ini dilakukan oleh pihak All Nippon Airways dengan kerjasama Panasonic. Dengan penggunaan kerusi roda elektrik swapandu ini, penumpang OKU atau sudah berusia boleh menjalani proses memasukkan beg, saringan keselamatan, imigresen dan pergi ke pintu penerbangan dengan lebih lancar. Walaupun mempunyai kemampuan swapandu, seorang pekerja manusia masih akan digunakan sepanjang tempoh ujian.

Menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, pelbagai inisiatif automasi diperkenalkan bagi menunjukkan kemajuan teknologi negara matahari terbit ini kepada pengunjung. Pada Mac lalu, kereta elektrik mini swapandu telah diuji di Tokyo untuk kegunaan pelancong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd