Huawei P30 Pro Dalam Warna Amber Sunrise Kini Ditawarkan Di Malaysia

Huawei P30 Pro Dalam Warna Amber Sunrise Kini Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 17, 2019 oleh .

Huawei P3o0 Pro dilancarkan di Malaysia pada bulan April lalu tetapi hanya ditawarkan dalam warna hitam, aurora dan kristal. Sedikit mengecewakan warna Amber Sunrise tidak ditawarkan kerana ia dihadkan pada pasaran tertentu sahaja. Berita baik hari ini ialah Huawei P30 Pro dalam warna Amber Sunrise akhirnya ditawarkan di Malaysia.

Peranti ini hanya hadir dengan spesifikasi memori 8GB RAM dan storan 512GB. Harga jualannya ialah RM4399 sebuah bermula 18 Mei ini. Pembelian boleh dilakukan di bilik pameran rasmi Huawei dan juga kedai atas talian mereka.

Huawei P30 Pro hadir dengan skrin 6.47-inci OLED FHD+, dijana cip Kirin 980, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang 40MP + 20MP + 8MP serta menyertakan lensa TOF, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4200mAh. Huawei P30 Pro hadir dengan sokongan kalis air IP68.

Menjadi fokus untuk Huawei P30 Pro juga adalah sokongan zum digital sehingga 50x yang ditawarkan olehnya menerusi sistem kamera periskop. Terdapat sistem pengecasan pantas berwayar 40W dan sokongan pengecasan nirwayar 15W. Seperti Mate 20 Pro, P30 Pro juga boleh mengecas peranti lain secara nirwayar.


TIPS & ULASAN