Pelayar Web Baharu Firefox Untuk Android Kini Boleh Diuji – ‘Firefox Preview’

Pelayar Web Baharu Firefox Untuk Android Kini Boleh Diuji – ‘Firefox Preview’

Diterbitkan pada Mei 18, 2019 oleh .

Hujung April lepas, Firefox dikatakan akan menggantikan pelayar web mereka dengan pelayar we baharu bernama ‘Fenix’. Fenix pada ketika itu masih lagi dalam ujian awal dan masih dikira sebagai pelayar web lain. Kini, Firefox telah membuka peluang untuk umum bagi mereka yang ingin mencuba pelayar web baharu mereka.

Ujian awal dinamakan sebagai ‘Fenix‘, namun ujian terbuka ini – ia dinamakan sebagai ‘Firefox Preview‘. Apa yang menarik dengan pelayar web baharu ini adalah, ia menggunakan enjin baharu yang dinamakan GeckoView. Manakala Firefox pula menggunakan Gecko sahaja. Kelak di masa hadapan, Firefox dilaporkan tidak lagi akan memberikan kemaskini utama pada aplikasi Firefox – tetapi hanya kemaskini sekuriti sahaja.

Untuk menguji ‘Firefox Preview’ ini, anda boleh daftarkan diri di laman Google Group Firefox dan kemudian sertai ujian beta ‘Firefox Preview’ melalui Play Store. Tidak lagi seperti ‘Fenix’ yang anda perlu pasang melalui fail .apk.

Daftar Di Google Group Fenix Nightly

Sertai Dan Muat Turun Ujian Beta Di Google Play Store


TIPS & ULASAN