Rakaman Skrin Boleh Tatal Hanya Akan Hadir Dalam Android R

Rakaman Skrin Boleh Tatal Hanya Akan Hadir Dalam Android R

Diterbitkan pada Mei 18, 2019 oleh .

Lebih kurang tiga minggu lepas, fungsi rakaman skrin boleh tatal dikatakan mustahil untuk diprogramkan pada Andorid asli. Perkara ini agak mengejutkan kerana sistem operasi lain seperti Oxygen OS, MIUI atau EMUI tidak ada masalah untuk mengimplementasikan fungsi ini.

Mengejutkan, keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan Naib Pengerusi Kejuruteraan Android – David Burke. Kerana beliau sendiri musykil kenapa ia mustahil untuk disertakan, sedangkan ia adalah satu fungsi yang baik dan memudahkan. Terkini menurut David Burke, fungsi ini hanya akan hadir secara terbina dalam Android R kelak. Cara beliau katakan ini memberi makna yang kod pembinaan telah pun dimasukkan dan mengharapkan kelak pada pada kema Android R, ia sudah boleh digunakan.


TIPS & ULASAN