Nissan Memperkenalkan Sistem Swapandu Tahap 3 ProPILOT 2.0

Nissan Memperkenalkan Sistem Swapandu Tahap 3 ProPILOT 2.0

Diterbitkan pada Mei 20, 2019 oleh .

Perkataan swapandu ialah perkataan yang mungkin disalah faham di dalam industri kenderaan. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, terdapat lima tahap swapandu dan pada waktu ini sistem terbaik yang digunakan secara meluas hanya di Tahap 3 seperti yang ditemui pada kereta keluaran Audi. Nissan minggu lalu mengumumkan sistem ProPILOT 2.0 yang mempunyai kemampuan Tahap 3.

ProPILOT 2.0 membolehkan kenderaan memandu secara automatik di atas lebuhraya. Ia boleh mengawal pendikit, brek dan memberikan saranan untuk bertukar lorong apabila perlu. Pertukaran lorong masih memerlukan kebenaran pemandu manusia yang menekan suis pada tombol isyarat.

Sebelum memulakan pemanduan, pemandu manusia perlu memberikan maklumat destinasi terlebih dahulu dan ProPILOT akan memprogramkan laluan. Apabila ia mengesan kawasan sistem swapandu boleh diaktifkan, notifikasi akan diberikan untuk pemandu mengaktifkannya sekiranya perlu. Kamera di dalam kokpit akan memantau pemandu bagi memastikan mereka menumpukan perhatian pada jalan raya bagi tujuan mengambil alih jika berlaku kecemasan.

Sistem ProPILOT 2.0 akan diperkenalkan terlebih dahulu pada kereta Nissan Skyline yang dijual di Jepun pada musim luruh tahun ini. Sebelum ini sistem ProPilot telah diperkenalkan pada Nissan Seren dan juga selipar yang menyusun dengan sendiri di kolah air panas.


TIPS & ULASAN