HBO mengesahkan perkhidmatan penstriman HBO Go akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini. Namun semasa pengumuman dilakukan, tarikh pelancaran tidak didedahkan. Hari ini laman HBOGoAsia.my akhirnya aktif dan membolehkan kandungan distrim menerusi laman web.
Bagi pelanggan Astro, anda boleh melog masuk menggunakan akaun Astro. Kandungan HBO Go boleh distrim sekiranya anda melanggan kepada pakej Movies Pack. Terdapat pautan untuk aplikasi HBO Go disertakan pada laman tetapi ia masih tidak boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS tempatan. Seperti Netflix dan iFlix, HBO Go membolehkan pengguna menonton kandungan eksklusif saluran ini dari pelbagai peranti pintar dan pelayar web.
Dari pengamatan kami menonton episod terakhir Game of Thrones sebentar tadi, kualiti penstriman video HBO Go adalah lebih baik dan pantas berbanding menerusi aplikasi Astro Go dan hadir dengan sari kata Bahasa Malaysia.
- Info
- Layari laman HBO GO Asia untuk menstrim hari ini