Cari @ Amanz

Redmi K20 telah pun disahkan bakal dilancarkan pada 28 Mei kelak. Selari dengannya, kini pihak Redmi turut telah hadir dengan video acah terbaru, memperlihatkan sokongan video gerak perlahan 960fps yang bakal hadir pada peranti berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, sokongan kamera menjadi salah satu titik utama dalam pemilihan peranti oleh pengguna. Redmi K20 telah disahkan akan menggunakan kamera 48-megapixel pada bahagian belakang, dan kini ia turut dilihat bakal menawarkan sokongan rakaman video gerak perlahan bersama dengannya.

Selain daripada itu, Redmi K20 turut dijangka akan menggunakan cip Snapdragon 855, sekaligus menawarkan pemprosesan berkuasa melaluinya.

Berkemungkinan, kita akan melihat lebih banyak gambar dan video acah dikongsikan pihak Redmi menjelang pelancaran Redmi K20 pada 28 Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd