OnePlus 7 Pro Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi – Harga Bermula Dari RM2999

OnePlus 7 Pro Dilancarkan Di Malaysia Secara Rasmi – Harga Bermula Dari RM2999

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Siri OnePlus 7 sudah pun dilancarkan secara global pada 15 Mei lepas. Terdapat tiga peranti yang dilancarkan, iaitu OnePlus 7, OnePlus Plus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G. Fokus utama OnePlus adalah OnePlus 7 Pro, kerana peranti inilah yang paling menarik perhatian ramai dan pada pendapat peribadi antara spesifikasi hebat yang pernah OnePlus sertakan pada peranti mereka.

Baca Pandang Pertama OnePlus 7 Pro Kami Di Sini

OnePlus 7 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci QHD+ 90Hz panel Fluid AMOLED, bateri 4000mAH dan dijana Snapdragon 855. Untuk memori pula terdapat pilihan RAM 6/8/12 GB dan storan dalaman 128/256 GB. Rekaan hadapan kelihatan sangat seksi yang mirip Oppo Find X. Ia hampir nirbingkai penuh dengan dagu yang agak nipis jika dibandingkan dengan peranti mercu Android lain. Hari ini, akhirnya peranti ini dilancarkan di Malaysia secara rasminya.

Ketiga-tiga variasi diperkenalkan dengan pilihan warna Mirror Grey dan Nebula Blue. Harga yang dijual RM2999 untuk 6/128 GB, RM3699 8/256 GB dan untuk variasi 12/256 GB ia dijual pada harga RM4199 . Tidak dinafikan ini adalah harga yang paling mahal buat peranti OnePlus di Malaysia. Tetapi perlu ingat juga yang ini adalah versi ‘Pro’ dengan spesifikasi yang tinggi.

OnePlus 7 Pro diedarkan oleh XianFeng Technology dan akan dijual tidak lama lagi melalui Shopee, selain turut melalui peniaga-peniaga lain dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN