Tarikh Jualan Honor 20 Di Malaysia Ditangguhkan

Tarikh Jualan Honor 20 Di Malaysia Ditangguhkan

Diterbitkan pada Mei 21, 2019 oleh .

Honor bakal melancarkan telefon pintar Honor 20 secara rasminya hari ini pada peringkat global. Sebelum ini, mereka telah mengumumkan akan menawarkan ia di Malaysia seawal 29 Mei kelak – tetapi kini Honor Malaysia mengumumkan perkara berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara.

HONOR 20 Pro

Honor mengatakan mereka akan meneruskan pelancaran tempatan seperti biasa pada minggu ini, tetapi tarikh pra-tempahan dan jualannya akan ditangguhkan. Honor mengatakan ia terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah logistik tempatan.

Apa pun, pihak Honor mengatakan mereka akan menawarkan telefon pintar dibawah siri Honor 20 secepat mungkin untuk pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN