Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Home diperlihatkan buat pertama kali ketika pelancaran Galaxy Note 9 pada Ogos tahun lalu. Kemudian pihak Samsung mengatakan ia akan dilancarkan pada bulan April 2019. Tetapi kita kini di bulan Mei dan speaker pintar ini masih belum dipasarkan. Terkini rekaan Samsung Galaxy Home Mini pula telah tertiris menerusi laporan The Verge.

Rekaannya tertiris selepas ia disenaraikan di laman FCC di Amerika Syarikat. Dari segi rekaan ia sebuah speaker pintar kecil yang mempunyai rekaan seakan sebuah Google Home Mini. Ia cuma mempunyai butang fizikal pada bahagian atas sama seperti Galaxy Home asal. Tiada kaki tiga serampang dan rekaannya juga lebih kemas. Dengan rekaannya yang telah tertiris, besar kemungkinan tarikh pelancarannya kini semakin hampir.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd