Aplikasi HBO Go Kini Boleh Dimuat Turun Di Malaysia
Effi Saharudin
Beberapa hari yang lalu perkhidmatan penstriman HBO Go akhirnya boleh diakses oleh pengguna di Malaysia. Namun aneh sekali aplikasi Android dan iOS perkhidmatan ini tidak boleh diakses. Tetapi semalam kami menyedari kedua-dua aplikasi akhirnya ditawarkan di Play Store dan App Store.

Aplikasi ditemui bukan menerusi pautan pada laman HBOGoAsia tetapi carian secara manual. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda masih memerlukan akaun Astro ID. Tiada pilihan untuk mendaftar akaun HBO berasingan. Pada waktu yang masa hanya pelanggan Astro Movies Pack sahaja boleh mengakses kandungan yang ditawarkan.
Kelebihan aplikasi kasi ini ialah ia menyokong lemparan ke TV menggunakan Chromecast atau Air Play. Kandungan turun boleh dimuat turun ke peranti untuk tontonan di luar talian.
[download] Muat turun aplikasi Android HBO Go My menerusi Play Store [/download]
[download] Muat turun aplikasi iOS HBO Go My menerusi App Store [/download]