KaiOS Kini Digunakan Pada 100 Juta Telefon Mudah Alih

KaiOS Kini Digunakan Pada 100 Juta Telefon Mudah Alih

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Sistem operasi Android dan iOS mendominasi lebih 90% telefon pintar di pasaran. Tetapi dalam senyap sistem operasi alternatif juga dibangunkan dan digunakan pada telefon mudah alih biasa misalnya. Antara sistem operasi yang dibangunkan ialah KaiOS yang boleh ditemui pada telefon seperti Nokia 8110 4G.

Ia dilancarkan pada Mac 2017 dan kini sistem operasi ini akhirnya digunakan pada 100 juta telefon mudah alih. Menarik sekali ialah walaupun ia adalah sistem operasi yang agak baru, KaiOS ialah sistem operasi kedua paling popular di India di belakang Android tetapi di hadapan iOS. Ini didorong oleh penggunaannya pada peranti amat mampu milik keluaran JioPhone.

Sungguhpun direka untuk peranti tidak pintar, ia masih menyokong aplikasi popular Google Assistant, YouTube, Facebook, Google Maps dan Twitter.


TIPS & ULASAN