Pelayar Web Memfokuskan Pelayaran Awanama Tor Browser Kini Stabil Untuk Android

Pelayar Web Memfokuskan Pelayaran Awanama Tor Browser Kini Stabil Untuk Android

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Zaman belajar di universiti beberapa tahun lalu, saya kerap menggunakan pelayar web dengan pemalam dan perisian tambahan VPN dan Tor untuk melepasi sekatan pihak universiti tetapkan. Bukan itu sahaja, saya turut pernah cuba memberanikan diri mengakses dark web menggunakan sistem Tor ini. Tahun lepas, Tor Project telah hadir dengan pelayar web untuk Android – Tor Browser. Pelayar web ini Ia memfokuskan kepada privasi dan pelayaran awanama dan dibina berasaskan pelayar web Firefox.

Ketika Tor Browser diperkenalkan, ia hadir dalam bentuk alpha dan masih berada di peringkat awal. Tahun ini, Tor Browser telah pun stabil dan sedia dimuat turun di Google Play Store. Menurut pihak Tor, hampir kesemua perlindungan privasi pada pelayar web versi Android ini adalah sama dengan versi desktop. Kemudian versi stabil ini juga tidak memerlukan pengguna untuk memuat turun pemalam atau aplikasi tambahan untuk menggunakan perkhidmatan Tor.

Sebelum ini, pengguna perlu memuat turun Orfox atau Orbot untuk menggunakan perkhidmatan Tor Browser. Melalui versi stabil ini, semuanya telah terbina dan melayari web dengan awanama tanpa sebarang masalah. Bagi yang berminat untuk mencuba, boleh muat turun melalui pautan di bawah.

Muat Turun Tor Browser Di Play Store


TIPS & ULASAN