Kemaskini iOS 12.3.1 Kini Boleh Dimuat Turun

Kemaskini iOS 12.3.1 Kini Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada Mei 25, 2019 oleh .

Sebuah lagi kemas kini diberikan kepada peranti iOS pagi ini. Pada peranti yang layak iOS 12.3.1 akan menyelesaikan masalah mesej dari insan yang tidak diketahui terpapar serta tidak boleh dilaporkan sebagai mesej sampah. Saiz kemas kini ialah sekitar 117 MB sahaja.

Ini adalah kemas kini kecil bagi menyelesaikan pepijat yang dilaporkan sebilangan pengguna. Ia hadir sebelas hari selepas kemas kini iOS 12.3 yang membawakan sokongan melempar kandungan peranti pada televisyen pintar yang menyokong AirPlay 2.


TIPS & ULASAN