Cari @ Amanz

Tular di media sosial selepas pelancaran Galaxy S10 ialah gambar peranti dengan imej latar yang lucu. Imej Kim Jong Un menggunakan teropong dan Baymax antara yang menarik perhatian kami. Kerana kewujudan lubang kamera pada skrin, mencari imej latar yang sesuai adalah agak sukar. Samsung hari ini mengumumkan beberapa imej latar rasmi yang dihasilkan oleh Disney dan Pixar.

 Pengguna Galaxy S10 boleh memuat turun imej latar dari filem animasi The Incredibles, Zootopia, Frozen dan Mickey Mouse. Ia boleh dimuat turun percuma menerusi aplikasi Galaxy Store pada peranti. Sebelum ini Samsung dan Disney juga pernah bekerjasama menghasilkan avatar eksklusif untuk sistem AR Emoji.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd