Cari @ Amanz

India menyumbang tujuh dari sepuluh bandar dengan tahap pencemaran udara paling teruk dunia pada tahun 2018. Tahap pencemaran di bandar  Gurugram adalah yang paling teruk dan boleh mengakibatkan kematian dalam kes yang paling serius. Bagi mengelakkan masalah menjadi semakin teruk, kerajaan India bercadang mengharamkan penjualan kenderaan dengan tiga roda ke bawah yang menggunakan enjin bahan api fosil menjelang 2025.

Fasa pertama ialah mengharamkan penjualan kenderaan tiga roda dengan enjin bahan api fosil bermula 2023. Motosikal dua roda dengan enjin 150cc ke bawah pula akan dihentikan penjualannya bermula 2025. Ini akan digantikan pula oleh kenderaan elektrik sepenuhnya. Selain mengurangkan pencemaran udara ia juga mengurangkan pergantungan kepada petroleum di negara dengan jumlah penduduk kedua terbesar dunia. Sebelum ini India turut mengumumkan hanya kereta elektrik akan dijual selepas 2030 atas sebab yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd