Cari @ Amanz

Siri HONOR 20 merupakan antara telefon pintar terbaru yang dilancarkan dibawah jenama HONOR. Ia merupakan sebuah peranti mercu yang berkebolehan untuk membuat rakaman berkualiti tinggi. Hal ini sekaligus meletakkan HONOR 20 ini di tangga kedua pada penanda aras DxOMark. dengan markah sebanyak 111.

HONOR 20 adalah sebuah telefon pintar dengan binaan empat kamera utama yang terdiri daripada lensa utama 48MP dari Sony IMX586, 16MP ultra-lebar, lensa Depth Assist 2MP dan lensa makro 2MP.

Kamera utama 48MP pada Honor 20 ini datang dengan bukaan aperture F/1.8, salah satu bukaan yang paling rendah di pasaran telefon pintar. Kamera utama ini juga mempunyai kebolehan untuk membuat rakaman dalam mod AI Ultra Clarity. Mod ini berfungsi untuk menghasilkan beberapa frame gambar beresolusi 48MP dan seterusnya menggabungkan beberapa frame ini menjadi satu gambar yang cantik dan terperinci.

Kamera utama telefon pintar ini juga dilengkapi dengan teknologi 4-dalam-1 light fusion dimana dengan teknologi ini membolehkan anda untuk membuat rakaman gambar tanpa perlu risau jumlah pencahayaan di persekitaran anda. Sekiranya persekitaran penggambaran terlebih cerah atau kurang pencahayaan, teknologi 4-dalam-1 light fusion ini akan membantu untuk seimbangkan jumlah pencahayaan tanpa merosakkan pewarnaan pada sesuatu gambar.

AI Image Stabilization (AIS) juga merupakan satu fungsi yang terdapat pada lensa kamera utama 48MP ini. Fungsi ini akan menggunakan teknologi Artificial Intelligence untuk meningkatkan penstabilan imej pada sesuatu penggambaran. Fungsi AIS ini akan mengesan gegaran apabila penggambaran dilakukan dan seterusnya akan membaik pulih bahagian yang kabur agar gambar yang tajam dapat dihasilkan.

Bagi lensa kedua, 16MP untuk kamera utama yang digunakan untuk penggambaran sudut ultra lebar. Dengan fungsi pada lensa ini, anda boleh memuatkan pelbagai elemen di dalam gambar dengan lebih banyak berbanding dengan fungsi sudut lebar yang biasa.

Jadi sekiranya anda ingin mengambil rakaman gambar di persekitaran yang sempit, anda masih berpeluang untuk mendapatkan rakaman yang menyeluruh untuk persekitaran tersebut, hasil daripada bantuan 16MP sudut ultra lebar sebanyak 117 darjah.

Bokeh merupakan satu terma di dalam fotografi dimana latar belakang di dalam sesuatu gambar akan menjadi kabur, dan membuatkan subjek utama di dalam gambar lebih menonjol.

Bagi kamera utama ketiga untuk telefon pintar ini, ia dilengkapi dengan lensa 2MP bersama fungsi Depth Assist Camera. Fungsi ini membolehkan anda untuk menghasilkan gambar dengan efek bokeh yang kemas dan terperinci sekaligus membuatkan gambar tersebut seperti diambil menggunakan kamera DSLR.

Bukaan aperture pada efek bokeh ini adalah sebesar F/2.4, dimana sekiranya anda mengambil gambar menggunakan HONOR 20 ini, ia akan menghasilkan efek bokeh yang tidak keterlaluan dan kelihatan lebih semula jadi.

Lensa terakhir untuk kamera utama telefon pintar ini adalah sebesar 2MP yang berfungsi sebagai Macro Camera. Lensa ini membantu anda untuk mengambil gambar objek yang sangat dekat. Ia direka untuk penggambaran pada jarak sehingga 4cm

Dengan teknologi ini, anda boleh mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat tanpa kehilangan fokus pada sesuatu gambar. Fungsi ini kebanyakkannya terdapat pada kamera untuk golongan professional. Berbeza dengan HONOR, mereka lihat fungsi ini sangat berguna kepada pengguna, jadi mereka membina HONOR 20 dengan fungsi lensa Macro Camera. 

Telefon pintar HONOR 20 ini juga dilengkapi dengan rekaan skrin 6.25 inci dan berlubang untuk kedudukan kamera swafoto, dijana dengan cip Kirin 980, memori sehingga 6GB bersama storan sehingga 128GB. Bukan itu sahaja, telefon pintar ini turut menyokong pengecasan SuperCharge 22.5W untuk bateri berkapasiti 3750mAh.


Jadi, bagi anda yang berminat dengan kebolehan kamera telefon pintar HONOR 20 ini, ia boleh didapati melalui kedai atas talian HONOR, atau pengedar pengedar rasmi mereka pada harga RM1699. Penjualan peranti ini belum lagi bermula namun ada baiknya anda menyimpan wang anda terlebih dahulu sementara menunggu tarikh penjualannya diumumkan.

Sebagai alternatif, HONOR kini juga menawarkan tunai kembali (cashback) sehingga RM 300 untuk pembelian HONOR View20 Hihonor.com.my dan stor yang dilantik. HONOR View20 yang dilancarkan awal tahun ini dikuasakan cip Kirin 980, dwi-kamera, termasuk lensa 48 MP pada harga RM1,999 untuk storan 128GB dan RM2,499 bagi storan 256GB. Berikut ialah harga View20 selepas dikembalikan wang tunai:

Honor View 20 (RAM 6GB + storan 128GB) = RM1,999 RM1,799
Honor View 20 (RAM 8GB + storan 256GB) = RM2,499 RM2,199

Penafian: Advertorial Dari HONOR 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd