Carian
Sony Dilaporkan Ingin Menghasilkan Sensor Kamera Dengan Cip Kecerdasan Buatan Terbina
May 27, 2019 Effi Saharudin

Sensor kamera keluaran Sony digunakan oleh hampir kesemua pengeluar telefon pintar di pasaran sebelum Huawei P3o Pro. Sensor mereka menggunakan teknologi seperti Memory Stacked Sensor yang membolehkan rakaman gambar pantas dan kadar gerak perlahan sehingga 960 FPS. Terkini mereka mungkin akan menghasilkan sensor dengan cip kecerdasan buatan terbina pula.

Ini adalah menurut pelan perancangan jangka panjang perniagaan sensor mereka yang telah dibentangkan. Sensor dengan cip kecerdasan buatan terbina ini mensasarkan penggunaan pada telefon pintar, automotif, dan pengilangan. Kesemua pemproses imej akan dapat dilakukan terus dari sensor. Pada waktu semasa pengeluar seperti Samsung dan Huawei menggunakan cip kecerdasan buatan yang terbina pada pemproses buatan mereka sendiri yang boleh memproses imej dari kamera.

Komen