Menjelang Hari Raya, pihak Huawei dilihat bersedia dengan sejumlah promosi menarik untuk pengguna. Selepas mengumumkan penawaran Huawei Y5 (2019) pada awal hari ini, kini mereka turut telah mengemaskini harga jualan Huawei Nova 4.
Huawei Nova 4 hadir dengan skrin 6.4-inci IPS LCD, dijana Kirin 970, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia menyertakan tri-kamera belakang 20MP + 16MP + 2MP, selain kamera swafoto 25-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 3750mAh.
Bagi pengguna yang risau akan sokongan, pihak Huawei dan Google sebelum ini telah menyatakan pengguna boleh terus menggunakannya tanpa masalah, termasuk menikmati kemaskini melalui Play Store, selain khidmat selepas jualan daripada pihak Huawei.
Huawei Nova 4 kini boleh didapati pada harga RM1699 – sekaligus membolehkan pengguna menikmati peranti mercu keluarga Nova ini pada harga sedikit rendah berbanding pengenalannya sebelum ini.