Cari @ Amanz

OnePlus 7 Pro sejak kebelakangan ini mempunyai banyak masalah. Namun kebanyakan masalah itu sudah pun dibaiki melalui kemaskini yang mula diedarkan semalam. Hari ini, terdapat satu lagi masalah tiba – iaitu pada bahagian earpiece. OnePlus 7 Pro adalah peranti OnePlus pertama dengan pembesar suara stereo, jadi masalah ini mungkin disebabkan gabungan penggunaan earpiece dan pembesar suara dalam satu bahagian.

Masalah yang dilaporakan oleh segelintir pengguna di forum rasmi OnePlus adalah, kehadiran bunyi bising ketika melakukan panggilan suara. Ramai pengguna yang melaporkan isu ini hanya berlaku selepas kemaskini semalam Oxygen OS 9.5.4, namun ada juga pengguna yang masih menjalankan Oxygen OS 9.5.3 turut menghadapi masalah yang sama. Masih tidak pasti jika masalah yang tiba ini adalah disebabkan earpiece itu sendiri atau pun hanya sekadar perisian. Pihak OnePlus masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Seorang pengguna mengatakan jalan penyelesaiannya adalah untuk mematikan WiFi ketika membuat panggilan telefon. Kerana selepas beliau lakukannya, bunyi bising itu hilang. Mungkin ini adalah solusi sementara, sementara kita tunggu pihak OnePlus berikan maklum balas rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd