Carian
Kemaskini Yang Membaiki Isu Kamera OnePlus 7 Pro Kini Boleh Dimuat Turun
May 27, 2019 Fahim Zahar

OnePlus 7 Pro adalah peranti paling mahal yang OnePlus pernah hasilkan. Lebih-lebih lagi untuk pasaran Malaysia yang harganya mencecah lebih RM4000. Peranti mercu ini juga adalah peranti sebuah peranti premium, dengan skrin Fluid AMOLED 90Hz, Snapdragon 855, memori sehingga 12GB RAM, storan berasaskan UFS3.0 dan juga kamera yang ‘hebat’ dengan skor DXOMark 111.

Namun, peranti ini adalah ciptaan manusia dan setiap ciptaan manusia tiada yang sempurna. Paling menjadikan pengguna kecewa adalah isu kamera yang dihadapi. Ini kerana pihak OnePlus mempromosikan kehebatan kamera OnePlus ini terlampau berlebihan. Markah DXOMark yang diperoleh adalah daripada perisian yang tidak boleh digunakan pengguna biasa jadi pengguna menghadapi masalah HDR yang tidak sekata dan gambar kurang cahaya yang mengecewakan. Akhirnya selepas laporan demi laporan dan kritikan demi kritikan, OnePlus mula mengedarkan kemaskini yang membaiki isu kamera ini.

Kemaskini Oxygen OS 9.5.4

  • Sistem
    • Fungsi Double Tap untuk mengaktifkan Ambient Display dioptimasikan
    • Membaiki masalah sela masa sambungan aksesori Bluetooth audio ketika bermain permua
    • Kemaskini pepijat dan beberapa penambahbaikan lain
  • Kamera
    • Hasil imej HDR kini lebih baik
    • Hasil gambar kurang cahaya bertambah baik
    • Isu White Balance dalam beberapa keadaan dibaiki
    • Isu fokus dalam beberapa keadaan telah dibaiki

Kemaskini ini diedarkan secara berperingkat dan hanya akan diterima secara terhad untuk beberapa pengguna terpilih. Ia akan diedarkan secara meluas dalam masa beberapa hari lagi.

Komen