Cari @ Amanz

Redmi K20 baru sahaja dilancarkan di China sejam yang lalu. Ia adalah peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 730 dan hadir dengan kamera swafoto pop naik. Menarik sekali walaupun peranti ini baharu sahaja dilancarkan, ia telahpun melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia. Ini petanda pelancarannya pasti akan dilakukan dalam masa terdekat.

Redmi K20 hadir dengan skrin 6.39″ AMOLED, dijana cip Snapdragon 730, memori sebesar 6GB, storan 128GB, kamera 48+8+13 Megapixel, kamera swafoto 20-Megapixel pop naik dan bateri sebesar 4000 mAh. Pengecasan pantas 18W disokong pada peranti ini menerusi port USB-C. Bolehlah dikatakan K20 ini adalah sebuah K20 Pro hanya dengan pemproses yang digantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd