Cari @ Amanz

edotco Berhad baru-baru ini, telah mencatatkan pengurangan pelepasan karbon yang ketara sebanyak 44%. Catatan ini dicapai setahun lebih awal daripada jangkaan mereka dan melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 4% berbanding tahun 2017.

Untuk makluman anda, edotco adalah sebuah syarikat perkhidmatan infrastruktur menara telekomunikasi. Ia meliputi perkhidmatan pemantauan masa nyata yang mendorong kepada peningkatan dalam operasi lapangan kecekapan operasi pada aspek penggunaan bateri, tenaga dan bahan bakar untuk infrastruktur telekomunikasi.

Antara kaedah yang digunakan edotco dalam mengurangkan pelepasan karbon ini adalah peralihan penggunaan menara berkaki empat kepada berkaki tiga. Selain itu, mereka hanya menggunakan 30% bahan keluli pada menara. Tindakan ini berhasil mengurangkan 25% kadar pelepasan karbon bagi setiap tapak.

Seterusnya, perubahan pada reka bentuk yang lebih inovatif seperti aesthetic Monopoles, Lamp Pole Towers, In-building Solutions dan Street Furnitures  juga memberi kesan kepada kadar 30% hingga 60% pengurangan pelepasan karbon bagi setiap tapak. Melalui penggunaan bahan alternatif lain seperti gentian karbon ringan bagi pembinaan struktur menghasilkan sebanyak 20% pengurangan karbon bagi setiap tapak.

edotco turut menggunakan sistem yang boleh diperbaharui pada penggantian elektrik daripada penjana grid dan diesel. Apabila sistem ini beroperasi, sumber tenaga hijau ini mengurangkan pelepasan karbon setiap tapak sebanyak 100%. Sehingga kini, lebih daripada 1,000 laman rasmi edotco dikuasakan dengan tenaga boleh diperbaharui.

Buat masa ini, edotco telah membina 15 struktur buluh dan mengerahkan 9 menara gentian karbon pada operasinya. Untuk penggunaan buluh, penyelidikan masih dijalankan pada pasaran Malaysia, Myanmar dan Kemboja. Perihal ini bagi menentukan kelayakan dalam pembinaan menara telekomunikasi. Pelaksanaan usaha ini disebabkan buluh 80% lebih ringan berbanding struktur keluli untuk mengurangkan bebanan pada struktur bangunan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd