Huawei Menidakkan Pula Tarikh Pelancaran Hongmeng OS Pada Bulan Jun

Huawei Menidakkan Pula Tarikh Pelancaran Hongmeng OS Pada Bulan Jun

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Semalam kami melaporkan berita yang dipetik dari Tech Radar, yang Huawei dilaporkan bakal melancarkan peranti pertama dengan Hongmeng OS pada bulan Jun ini. Perkara ini diberitahu oleh Alaa Elshimy, pengarah urusan dan presiden bahagian perniagaan perusahaan Huawei di Timur Tengah. Hongmeng OS sebenarnya telah pun dibangunkan sejak 2012 lagi, kerana ingin menghormati hubungan Huawei dengan Google yang teguh sebelum ini.

Terkini, Huawei telah menidakkan pula yang mereka akan lancarkan Hongmeng OS pada Jun ini. Menurut Huawei, berlakunya salah faham mengenai tarikh pelancaran sistem operasi baharu yang bakal menggantikan Android ini. Namun, pelancaran Hongmeng OS masih akan berlaku pada tahun ini – cuma bukan pada bulan Jun. Huawei menyasarkan tarikh pelancarannya hujung tahun 2019 untuk China dan hanya pada tahun 2020 ia akan dilancarkan untuk pasaran global.

Tiada informasi lanjut mengenai sistem operasi ini, seperti asasnya apa, adakah ia akan menyokong aplikasi Android dan lain-lain. Hongmeng OS masih menjadi misteri dan kita hanya akan tahu apabila Huawei melancarkannya secara rasmi kelak.



Paling Popular