Huawei Akan Melancarkan Peranti Pertama Dengan Sistem Operasi HongMeng Jun Ini

Huawei Akan Melancarkan Peranti Pertama Dengan Sistem Operasi HongMeng Jun Ini

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Halangan penggunaan Android pada peranti Huawei telah dilakukan oleh Google bagi mematuhi arahan Jabatan Perdagangan A.S. Oleh sebab itu Huawei kini terpaksa mengambil langkah drastik menggunakan sistem operasi HongMeng OS yang telah dibangunkan oleh mereka sejak 2012.

Menurut laporan Tech Radar, Huawei akan melancarkan peranti pertama dengan sistem operasi ini seawal bulan hadapan. Ini adalah menurut Alaa Elshimy, pengarah urusan dan presiden bahagian perniagaan perusahaan Huawei di Timur Tengah. Menurut beliau lagi HongMeng OS tidak dilancarkan bagi menghormati hubungan Huawei dengan Google yang teguh sebelum ini. Selepas diharamkan ini ialah langkah yang diambil.

HongMeng OS boleh menggunakan aplikasi yang dibangunkan untuk Android, Kesemua aplikasi yang diperlukan boleh dimuat turun menerusi  App Gallery yang kini terpasang pada semua peranti mereka. HongMeng OS bukan sahaja boleh digunakan pada telefon pintar malah bolah dijalankan pada jam tangan pintar, komputer, tablet dan televisyen.



Paling Popular